Kita sering tertanya tilam hotel apakah yang hotel selalu pakai? Kenapa ianya selesa dan kenapa ianya kena dengan citarasa badan kita. Ada beberapa elemen pemilihan tilam hotel baru yang kita perlu tahu. Bukan sekadar jenama dan harga. Jenama & harga adalah salah satu faktor penting sahaja. Bukanlah faktor yang utama. Pengetahuan tentang tilam hotel adalah yang lebih penting.
Faktor utama pemilihan tilam hotel yang paling utama ialah BERAT BADAN individu. Kita sering digembar-gemburkan bahawa tilam hotel yang diperbuat daripada spring jenis ‘pocket spring’ adalah yang terbaik. Ini adalah salah sama sekali. Kita selalu terpengaruh dengan iklan bahawa jika tidur tilam hotel jenis pocket spring, pasangan sebelah tidak terganggu. Ya betul. Memang betul tidak tergangu. Kerana pocket spring itu sendiri disusun secara berasingan tidak bersentuhan dengan satu sama lain. Tetapi, tahukah anda bahawa individu berbadan gempal sangat tidak tidur tilam pocket spring? Individu berbadan gempal akan rasa sedikit lemas & kesukaran untuk bangun dari tilam.
Anda yang berbadan besar boleh mencubanya jika diberi peluang. Di FUZI DREAM, kami membenarkan mencuba setiap jenis material tilam di tempat kami.
TILAM HOTEL TERBAIK MEMPUNYAI TEBAL TILAM SEKURANG-KURANGNYA 11 INCHI
Kebanyakkan hotel menggunakan katil jenis Divan atau katil kotak. Kebanyakkan katil ini mempunyai tinggi 8-10inchi dari lantai. Jaraknya agak rendah dari lantai. Oleh itu penggunaan tilam hotel yang terbaik ialah tilam hotel yang mempunyai tebal sekurang-kurangnya 11inchi. Ketinggian seperti ini akan memudahkan pengguna bangun dari katil.
Adakah anda perasan bahawa kebanyakkan tilam hotel lebih tebal berbanding daripada tilam tilam lain. Oleh itu, jenis tilam hotel inilah yang membuatkan anda selesa untuk tidur kerana kadar serapan tekanan dari badan anda mampu diserap sebelum ianya mengenai dasar tilam itu sendiri. Ianya membuatkan badan anda seolah olah tidak mengenai lantai permukaan yang keras seterusnya disokong oleh fabrik tilam yang lembut dan mengikuti postur badan anda sendiri. Ketebalan biasa yang digunakan oleh tilam hotel adalah 8 ke 11 inchi. Malah ianya akan membuatkan anda senang untuk bangun dari tidur kerana tinggi tilam dari paras permukaan adalah bersesuaian dengan tinggi manusia itu sendiri.
0 Comments